Tuesday, August 24, 2010

Sentuhan Guru

Am Dm Am Dm Am
Unggul itu adalah sifatmu, menyinari paksi lebuhrayaku
Dm Am Dm Am
Dalam berjuta tiada setandingmu, kau pendita perentas ilmu


Bridge: Am G F E
Terbinalah empayar, kaulah maharaja
Am G F E
Terpahatnya keindahan arca pendita

Am Dm Am Dm Am
Dalam mimpi engkaulah puteri, di dalam jaga engkaulah putera
Dm Am Dm E
Engkau penyeri alam semesta, masakan jasamukan pudar


Bridge: Am G F E
Terbentanglah seluasnya, layar perjuangan
Am G F E
Kau rencanakan cerita, sinar pedoman
Am G F E
Menyusuri gelombang, merentasi lautan
Am G F E Am
Terlukisnya perjalanan, melayari paksi maya

c/o:

Am G F E
Bagaikan cahaya hadirnya dalam mindaku ini
Am G F E
Menerangi lagit fikiran yang gelita
Dm G C F
Menyerlahkan keindahan bintang di angkasa
Dm E Am
Begitulah azimat sentuhannya


Am G F E
Bagaikan gerimis menyirami jiwaku ini
Am G F E
Membasahi bumi sanubari nan kering
Dm G C Am
Terciptanya lautan sejuta mutiara
Dm E Am
Begitulah azimat sentuhannya

Dm E Dm E
Ilmu, sentuhannya, bagai senjata jiwa
F E Am
jua perisai azimat dunia

Dm E Dm E
Guru, sejahteralah jasamu tak terbalas
F E Am G F E- Am
hanya doaku agar kau bahagia....selamanya.....hingga akhirnya......

(ulang c/o)

Monday, September 7, 2009

Pelancaran COMBI Keselamatan Makanan peringkat negeri Selangor

Salam....

Gua kembali lagi...... Baru2 ni, 20 Ogos 2009, gua baru je selesai projek koir utk 'opening' Majlis Pelancaran COMBI Keselamatan Makanan di Sekolah peringkat negeri Selangor. Kejenya penat beb, persembahan 5 minit je... Budak2 nyanyi ok.... tapi 2nd song sumbang la plak.... Tapi pasukan koir gua dapat pujian drpd timb pengarah kesihatan Selangor beb... mcm bagus je bunyinya.... dia x perasan ke ada kesilapan teknikal pada suara budak...?

Nanti la gua upload gambar2 yg berkaitan....

Tuesday, August 11, 2009

Muzik : Mistik dan Indah

Hari suram, awan hitam
Tika mencari sebuah ilham
Meragut detik yang berlalu
Dalam sepi ia muncul!

Nan sekilas, tujuh nada
Bersama harmoni tragis bisa
Syair tulisan bahasa terang dan gelap
Mistik dah indahnya......
Ia berlari, tak kembali
Namun sentuhannya di tanganku
Dalam nada bertujuh ia terus subur
Mistik dan Indahnya......

Visi tragik beremosi
Gamit memori yang hiba
Oh melodi, izinkan aku
Merasakan ia dalam getaranmu...

Tuesday, July 7, 2009

Perbezaan Antara Guru Muzik dan Pendidik Muzik

Bila saja kita menyebut muzik, pasti perkara pertama yang difikirkan ialah "nyanyian" atau "menyanyi". Skop muzik sebenarnya lebih luas daripada itu, malah ia mampu melangkau jangkaan pemikiran seseorang.

Di sekolah-sekolah pula Pendidikan Muzik menjadi salah satu subjek yang mesti dipelajari oleh semua murid. Yang pastinya, setiap sekolah harus mempunyai ' guru-guru muzik'. Tidak kiralah guru-guru muzik tersebut ada mempunyai asas dalam muzik atau pun sekadar "bidan terjun". Kata guru pentadbir yang menyerahkan tugas, "Tak kisahlah, asalkan budak menyanyi sudah...".

Kebiasaannya di sekolah, guru muzik dilabelkan sebagai guru yang pandai menyanyi, pandai main alat muzik, pandai pasang sistem audio, pandai menghibur tapi tanggapan ini tidak boleh diguna pakai kerana bukan semua guru muzik itu pandai atau tahu serba-serbi tentang muzik. Tetapi ada juga guru yang memang hebat dari semua aspek muzikal termasuk nyanyian, permainan alat muzik, tarian, persembahan, hiburan, ciptaan lagu dan lain-lain. Maka di sini timbullah istilah "GURU MUZIK" dan "PENDIDIK MUZIK".
Apakah perbezaan antara pendidik muzik dengan guru muzik? Bolehkah guru muzik disamakan dengan pendidik muzik? Mungkin terdapat sedikit kekeliruan di sini tentang perkara ini. Oleh itu, elok juga kita mentakrifkan istilah "pendidik muzik" dan "guru muzik" di sini.
Individu yang hanya mempunyai kemahiran muzikal tertentu dan mengajar kemahiran itu kepada pelajarnya boleh dilabelkan sebagai Guru Muzik. Berbeza pula dengan individu yang mengajar muzik hanya setelah berpengetahuan dalam beberapa aspek pendidikan serta mempunyai kemahiran muzikal yang baik, - inilah individu yang dikatakan Pendidik Muzik.

Biasanya, pengetahuan tentang aspek-aspek pendidikan muzik boleh diperoleh melalui latihan sistematik atau profesional yang formal. Tetapi pengetahuan ini boleh juga diperoleh oleh guru guru muzik secara individu dengan membaca banyak buku, merujuk artikel-artikel berkaitan muzik serta menghadiri kursus, bengkel atau seminar pendidikan muzik.

Oleh yang demikian, pendidik muzik merupakan individu yang mengajar muzik dengan mempunyai kemahiran muzikal yang baik serta kefahaman tentang aspek-aspek pembentukan kurikulum, psikologi, pedagogi, penilaian, sosiologi dan sejarah yang berkaitan dengan pendidikan muzik.

Dalam hal pembelajaran muzik, golongan pendidik muzik perlu sentiasa menyedari bahawa program muzik di sekolah adalah khas untuk pelajar yang sedang membesar. Oleh itu, usaha-usaha untuk membentuk satu program muzik bagi para pelajar harus sentiasa mengambil kira tentang pengaruh program muzik itu terhadap kehidupan para pelajar tersebut apabila mereka dewasa kelak.

Maka dari itu, bolehlah disimpulkan bahawa pendidik muzik dapat berfungsi sebagai guru guru muzik, tetapi guru muzik tidak boleh dianggap sebagai pendidik muzik !


Bayangan Kelam. - Castle Gothic

Sunday, May 10, 2009

Pertandingan Boria Antidadah 2009

Salam.....

Baru2 ni aku ada bawak kumpulan boria sk rendah. Lawan di SK Sg Kapar Indah, Klang.
Preparation simple, persembahan ok, tapi ada sikit slack......
Pasukan yg aku bwk tu cuma dapat no 4. Kiraan mata :

Johan: 227 markah
N.Johan: 207 markah
Ke-3: 202 markah.
Kitaorang: 199 markah.....(beza 3 markah dengan tempat ke-3)

Takpe, adat bertanding.... Tapi rasanya agak puas hati la dgn show budak2.








Sesi Make-up "awek2" boria.










Pose candid....sambil nonton persembahan skolah lain....








Pose menarik, tanda berpuas hati dengan persembahan....







"Jemput makan . Kita orang makan dulu cikgu! Lapar aaa....,"

Friday, May 1, 2009

Busy.....

Salam......

Sebenarnya dah lama aku nak kongsi cerita dan masalah aku dalam blog buruk ni....cuma kesempatan tu tak ada.

Aku ingin mintak pandangan sesiapa yang membaca blog ni, tentang keje aku, dan masalah2 aku.

Aku ni keje kat sebuah skolah rendah di Klang. Sekolah kecik tapi aspirasi pentadbir boleh tahan tingginya..... Aku ni keje jaga tugas2 muzikal kat skolah. Takde la pandai atau terer sangat.... Takde apa2 special tentang aku ni....

Setiap tahun aku mesti diminta prepare banyak set persembahan tak kira lah untuk pertandingan ke, persembahan dalaman ke....... Sebenarnya konteks pemikiran aku tak begitu luas dalam persembahan muzikal ni....tu yg aku nak mintak pandangan pembaca yang mahir dalam bidang2 camni....

Kat sekolah aku cuma mampu tubuhkan pasukan nasyid, koir, boria, ensembel perkusi dan rekorder.... tu je. Tu pun tak perfect. Lain aku tak pandai.

Sejak kebelakangan ni aku rasa macam busy sangat, padahal kalau dipikir2 keje aku dah banyak aku skip...... Semuanya tentang seni. Aku kena latih pasukan nasyid, boria, koir, ensembel.... macam2. Semua keje tu datang serentak...... aku tak cukup ruang untuk bergerak keluar dari tugas2 ni.

Banyak fasa yang aku nak kena lalui..... bergantung jenis keja yg aku nak buat. Tapi hasil sokongan rakan sejawat, aku boleh bernafas skit....

Ni pasukan Boria 2007..... Arcamistik bersama anak didiknya.....


Ni pulak Arcamistik dengan pasukan Boria 2009



Ni pasukan ensembel rekorder yang pertama kali ditubuhkan di sekolah ini....


http://www.youtube.com/watch?v=4PMqYZUmO_I

Ni pasukan koir sekolah yang sentiasa menyampaikan lagu2 ciptaan Arcamistik..... Masih amatur tapi agak matang.




Ni kumpulan nyanyian dan gerakan prasekolah 2007 yang telah meraih tempat ke-2 dalam pertandingan nyanyian peringkat daerah.


Ni kumpulan dikir barat amatur yang amat menghiburkan. Promosi Arcamistik kepada kesenian pantai timur malaysia di negeri ini..... Untuk muzik iringan, terpaksalah guna apa yang ada kat sekolah tu.....nampak kelakar, tapi kesan bunyinya real...!!

Sunday, April 26, 2009

Bila Arca Berbicara......

Bila arca berbicara....
Simpulan kata mula terlerai....
Bila arca berbicara....
Patah katanya mungkin mencakar
Bila arca berbicara....
Tutur katanya menceritakan kebenaran
Bila arca berbicara....
Ceritanya turun dari jiwanya
Bila arca berbicara....
Lenggok bahasanya berlagu sinis
Bila arca berbicara....
Gurun gersang menjadi lautan
Bila arca berbicara....
Lahar terbakar menjadi salji
Bila arca berbicara....
Bumi dan langit menjadi hamba
Bila arca berbicara....
Lukisan kiamat mula kelihatan.....