Sunday, April 26, 2009

Bila Arca Berbicara......

Bila arca berbicara....
Simpulan kata mula terlerai....
Bila arca berbicara....
Patah katanya mungkin mencakar
Bila arca berbicara....
Tutur katanya menceritakan kebenaran
Bila arca berbicara....
Ceritanya turun dari jiwanya
Bila arca berbicara....
Lenggok bahasanya berlagu sinis
Bila arca berbicara....
Gurun gersang menjadi lautan
Bila arca berbicara....
Lahar terbakar menjadi salji
Bila arca berbicara....
Bumi dan langit menjadi hamba
Bila arca berbicara....
Lukisan kiamat mula kelihatan.....

Friday, April 24, 2009

Seni Tuhan....Seni Manusia......

Seni....pada aku cabangnya amat besar....macam dunia ini....... ada orang lihat dunia ini sekadar kehidupan sehariannya. Ada orang lihat dunia ni sekadar bumi semata-mata....... Ada orang lihat dunia ini tiada penghujung........ Bumi cuma sebahagian debu dunia..... Matahari dan bulan cuma batu-batu angkasa...... Ya, ada orang anggap, angkasa itu ialah dunia..... Ntah apa yang aku merepek ni ntah...... Yang pasti, itulah seni pemerhatian dan ideologi manusia yang berbeza-beza.

Seni..... pada aku, ia hidup dalam diri manusia itu sendiri....... Ada orang kata, seni tu ialah nyanyian..... Ada yang kata, seni tu ialah Pendidikan Seni kat sekolah..... Dunia ini terbina atas dasar seninya tersendiri, seni ciptaan Tuan Punya Dunia.... Allah SWT.

Cuba lihat lautan..... Itu ialah seni Tuhan yang mencipta. Manusia juga telah cuba mencabar diri sendiri untuk mencipta lautan....maka jadilah kolam2 renang.....jadilah tasik buatan..... tak mustahil mereka akan mampu mencipta lautan berombak......namun masih sukar untuk menentukan pasang-surutnya lautan itu......

Manusia mampu mencipta arca bergerak......namun sukar untuk menciptakan perasaan dan jiwa buat arca itu...... Tapi Tuhan mampu mencipta apa yang tidak terlintas di fikiran manusia...... Tuhan mampu mencipta "arca yang mampu mencipta"......iaitu kita......Arca Bernyawa.......

My musical way.....

First sekali gua nak kongsi cerita dan pengalaman gua dalam bidang muzik.......
Gua ni bukanlah sorang yang terer dalam bidang muzik.....sekadar minat gitu2 je...... Kekadang gua confuse dengan diri gua...... Gua ni peminat muzik ka? Pemuzik ka? Jurulatih muzik ka? Guru muzik ka? Penjahanam muzik ka? Penyambung warisan muzik ka? Gua tak pasti....yang gua tau....gua hidup dalam gelombang muzik......