Friday, April 24, 2009

Seni Tuhan....Seni Manusia......

Seni....pada aku cabangnya amat besar....macam dunia ini....... ada orang lihat dunia ini sekadar kehidupan sehariannya. Ada orang lihat dunia ni sekadar bumi semata-mata....... Ada orang lihat dunia ini tiada penghujung........ Bumi cuma sebahagian debu dunia..... Matahari dan bulan cuma batu-batu angkasa...... Ya, ada orang anggap, angkasa itu ialah dunia..... Ntah apa yang aku merepek ni ntah...... Yang pasti, itulah seni pemerhatian dan ideologi manusia yang berbeza-beza.

Seni..... pada aku, ia hidup dalam diri manusia itu sendiri....... Ada orang kata, seni tu ialah nyanyian..... Ada yang kata, seni tu ialah Pendidikan Seni kat sekolah..... Dunia ini terbina atas dasar seninya tersendiri, seni ciptaan Tuan Punya Dunia.... Allah SWT.

Cuba lihat lautan..... Itu ialah seni Tuhan yang mencipta. Manusia juga telah cuba mencabar diri sendiri untuk mencipta lautan....maka jadilah kolam2 renang.....jadilah tasik buatan..... tak mustahil mereka akan mampu mencipta lautan berombak......namun masih sukar untuk menentukan pasang-surutnya lautan itu......

Manusia mampu mencipta arca bergerak......namun sukar untuk menciptakan perasaan dan jiwa buat arca itu...... Tapi Tuhan mampu mencipta apa yang tidak terlintas di fikiran manusia...... Tuhan mampu mencipta "arca yang mampu mencipta"......iaitu kita......Arca Bernyawa.......